Monday, June 3, 2013

DIA di hatiku







Saban hari dan waktu bila sahaja aku tersasar Engkau tetap memandangku dan mendakapku dengan kasih sayangMu,
Engkau hadirkan HIDAYAH dihatiku disetiap hayun langkahku,Engkau tidak jemu-jemu hadir dihatiku setiap ketika, aku menangis Engkau dengan rela mendengar segala keluh kesah hatiku. Malah Engkau memberi apa sahaja yang terdetik dihatiku, Terima kasih Ya Allah Engkau mempermudahkan segala urusan duniaku.

Aku hambaMu yang lemah,aku hambaMu yang penuh sisa dosa, aku hambaMu yang sentiasa mengharapkan Rahmat dan maghfirahMu wahai kekasihku..

Aku bersyukur dengan setiap lampiran ujianMu untukku hambaMu yang Dhoif lagi penuh kekurangan.Moga Engkau sentiasa pegang hatiku dengan cinta dan kasihMu yang sentiasa hangat.

Ya Allah aku hanya ingin mencintaiMu sepanjang usiaku,moga cintaku padaMu membuatku sentiasa di jalan HIDAYAHMU Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim...Engkau pemilik sekalian alam....

HambaMu yang Dhoif,
Hafizah.

Monday, February 25, 2013

Mengenali Generasi Digital






Pada zaman kini, setiap orang wajar mengetahui wujudnya generasi Baby Boomer iaitu individu dilahirkan antara 1946 hingga 1964, Generasi X (1965-1979) Generasi Y (1981-1994), Generasi Z (1995-2009) dan terkini, Generasi Alpha (2010 dan seterusnya).

Tidak dapat dinafikan cara berfikir generasi ini dipengaruhi dua faktor iaitu genetik dan persekitaran bagaimanapun dari sudut psikologi, genetik boleh berubah oleh persekitaran.

Apabila ramai ibu bapa memiliki anak generasi Y, Z dan Aplha meluahkan kesukaran memahami sekali gus mendidik anak, mereka harus tahu perilaku anak banyak dipengaruhi oleh ledakan revolusi era digital.

Melalui buku tulisan berjudul Tips Groovi(Jamilah Samian,perunding keibubapaan) : Mendidik Generasi Y dan Z memang mencabar, generasi era digital membesar dengan diet utamanya iaitu internet.

Generasi ini makan, tidur dan bernafas dengan Internet. Golongan generasi Y yang lebih tua dilahirkan sebelum laman sesawang wujud manakala Generasi Z pula dilahirkan ketika kemudahan ini sudah sedia ada.

“Inilah sebabnya, generasi Z boleh menggunakan iPad sebelum mereka pandai menuturkan perkataan ‘mak’,” katanya.
Olahan:sumber berita harian
Oleh :Hafizah Muhamad Sofi
Perunding Pendidikan EPembelajaran Online,
Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan(Bahasa Arab)
(Kamus Besta Elektronik)

http://www.facebook.com/CaraPembelajaranPelajarCemerlang