Monday, June 3, 2013

DIA di hatiku







Saban hari dan waktu bila sahaja aku tersasar Engkau tetap memandangku dan mendakapku dengan kasih sayangMu,
Engkau hadirkan HIDAYAH dihatiku disetiap hayun langkahku,Engkau tidak jemu-jemu hadir dihatiku setiap ketika, aku menangis Engkau dengan rela mendengar segala keluh kesah hatiku. Malah Engkau memberi apa sahaja yang terdetik dihatiku, Terima kasih Ya Allah Engkau mempermudahkan segala urusan duniaku.

Aku hambaMu yang lemah,aku hambaMu yang penuh sisa dosa, aku hambaMu yang sentiasa mengharapkan Rahmat dan maghfirahMu wahai kekasihku..

Aku bersyukur dengan setiap lampiran ujianMu untukku hambaMu yang Dhoif lagi penuh kekurangan.Moga Engkau sentiasa pegang hatiku dengan cinta dan kasihMu yang sentiasa hangat.

Ya Allah aku hanya ingin mencintaiMu sepanjang usiaku,moga cintaku padaMu membuatku sentiasa di jalan HIDAYAHMU Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim...Engkau pemilik sekalian alam....

HambaMu yang Dhoif,
Hafizah.

Monday, February 25, 2013

Mengenali Generasi Digital






Pada zaman kini, setiap orang wajar mengetahui wujudnya generasi Baby Boomer iaitu individu dilahirkan antara 1946 hingga 1964, Generasi X (1965-1979) Generasi Y (1981-1994), Generasi Z (1995-2009) dan terkini, Generasi Alpha (2010 dan seterusnya).

Tidak dapat dinafikan cara berfikir generasi ini dipengaruhi dua faktor iaitu genetik dan persekitaran bagaimanapun dari sudut psikologi, genetik boleh berubah oleh persekitaran.

Apabila ramai ibu bapa memiliki anak generasi Y, Z dan Aplha meluahkan kesukaran memahami sekali gus mendidik anak, mereka harus tahu perilaku anak banyak dipengaruhi oleh ledakan revolusi era digital.

Melalui buku tulisan berjudul Tips Groovi(Jamilah Samian,perunding keibubapaan) : Mendidik Generasi Y dan Z memang mencabar, generasi era digital membesar dengan diet utamanya iaitu internet.

Generasi ini makan, tidur dan bernafas dengan Internet. Golongan generasi Y yang lebih tua dilahirkan sebelum laman sesawang wujud manakala Generasi Z pula dilahirkan ketika kemudahan ini sudah sedia ada.

“Inilah sebabnya, generasi Z boleh menggunakan iPad sebelum mereka pandai menuturkan perkataan ‘mak’,” katanya.
Olahan:sumber berita harian
Oleh :Hafizah Muhamad Sofi
Perunding Pendidikan EPembelajaran Online,
Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan(Bahasa Arab)
(Kamus Besta Elektronik)

http://www.facebook.com/CaraPembelajaranPelajarCemerlang

Wednesday, March 31, 2010

Fitnah Dunia, Fitnah dunia...

~Wahai kaum Adam,takutlah kalian dgn fitnah yang boleh dibawa wanita,jika mereka membenci kamu itu lbh baik drpd mereka menyayangimu tanpa ikatan yg sah kerana itu hanya membawa fitnah,jika ditanya akan ku katakan godaan wanita berkali2 lebih bahaya drp godaan syaitan dan hawa nafsu.Ingatlah,jika bkn kerana wanita nescaya Adam akn ttp tnggl di syurga~

Ya Allah semoga jodohku mampu membentuk diriku yang serba kekurangan ni..huhu..Ya Allah bantulah aku membentuk diriku dan istiqomah dengan setiap perbuatan dan amalan aku…semoga fitnah jauh dari hidupku…aku tak ingin menjadi fitnah kepada insan yang bernama lelaki….jagailah dan bajailah dirimu wahai hafizah..jadilah anak yang solehah dan isteri yang solehah
~Selepas kesusahan pasti ada kesenangan~

Monday, August 24, 2009

Harapan…

Alhamdulillah ya Allah kerana mempermudahkan hidupku walaupun ujian yang melanda melemahkan hati dan perasaanku..tetapi terima kasih Ya Allah aku diberi rasa tidak akan berputus asa dengan segala cubaan,onak dan dugaan dalam kehidupan di tengah2 manusia di duniaMu ini…Niatku apabila aku lulus dapat lesen kereta aku ingin sekali berbakti kepada orang tuaku yang sakit2 tidak bermaya hanya mengharap ihsan anak2 dalam menghulurkan tulus kasih sayang dan bantuan dari segi tenaga dan material…aku kesedihan yang teramat sangat apabila mendengar emak yang amat aku sayangi demam panas teruk,sedangkan aku sebagai anaknya tidak mampu merawatnya sebagai seorang anak hanya mampu menelefon bertanya khabar walaupun di sudut hatiku amat terseksa dengan halangan yang membantutkan aku untuk berada disampingnya..berbanding dengan Ramadan pada tahun lalu aku turut berada jauh dari pangkuan emak dan ayah selepas mereka berada di tanah suci Mekah selama 4bulan(Alhamdulillah,sudah selesai menunaikan umrah dan haji),bilalah giliran aku agaknya…juga beraya tanpa emak dan ayah di sisi(sedih sangat2 masa tu)…dengan berkat bulan Barakah Ramadan pada tahun ini aku berharap aku masih berkesempatan beraya sebagai anak kepada emak dan ayahku yang amat aku sayangi…aku mohon padamu Ya Allah…aku tahu segala ujian dan dugaanmu ada hikmah yang terbesar di sebaliknya…kepada kawan2,sahabat2 yang menganggap diri ini kurnian Allah untuk saling melengkapi di dunia ini jangan segan dan silu meminta bantuan dariku,terus terang dan tanpa berselindung walau sedikit pun..InsyaAllah tenaga yang Allah kurniakan kepadaku akan aku gunakan untuk membantu kamu semua..tetapi ingatlah jangan cuba2 berselindung di sebalik gerak geri anda kerana aku akan tawar hati untuk menjalinkan hubungan dengan anda semua..aku mohon dimaafkan segala kekurangan kekhilafan diri ini sempena bulan Barakah ini…semoga anda ikhlas ber’sahabat’ dengan diri ini yang serba kekurangan,tanpa sahabat disampingku..siapalah diri ini yang lemah,hamba yang hina..insyaAllah Hafizah jadikan semua masalah sebagai batu loncatan untuk menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur kepadaNya,kepadaMu aku berserah atas setiap sesuatu…
P/s:Kepada sahabat2 yang bertungkus lumus berbakti kepada umat islam,dalam bentuk apa sekalipun semoga anda IKHLAS berbakti tanpa mengharapkan balasan dan pujian dari manusia…kalau yang diberi amanah menjadi PEMIMPIN jadilah pemimpin yang tahu meraikan anak buah,yang tiada niat selainnya hanya ingin sama-sama bekerja dan berbakti bukan mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain…pemimpin yang baik senyum sentiasa di bibir walau dalam keadaan apa pun,menepati janji dan amat menitik beratkan soal masa.(be punctual and be professional)

Friday, August 21, 2009

Ramadan Kareem


"Jadikan Ramadan sebagai batu loncatan untuk islah diri"

Ramadan Kareem kpd semua sahabat yang disayangi..

Wednesday, August 5, 2009

Atas Nama Cinta

Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Pergi Tak Kembali

"1 new message received"...

Apabila aku membaca mesej itu aku terkedu seketika.."k.wati anak p.long Jamlus meninggal...mesej dari ayahku..masih muda belia sepupuku itu..umurnya dalam lingkungan 30-an..baya dengan abang sulungku dan bapa saudaraku...meninggal muda..meninggalkan suami dan anak-anaknya..Pak Long(abang mak aku) dan Mak Long dah lama meninggal dunia..tinggallah anaknya 3 beradik(K.ju,k.wati dan b.wan)tapi sekarang dah tinggal 2 beradik je..mesti mak aku kesedihan dengan berita ini...mak,b.jam dan sepupuku angah datang menziarahi jenazahnya hari ini di Selayang..aku tidak berkesempatan..huhu sedihnya..banyak betul urusan yang tak pernah selesai...Al-Fatihah..moga ditempatkan bersama-sama golongan orang2 soleh..ameen...takziah kepada seluruh ahli keluarganya(Keluarga Tok Majid(Datuk sebelah mak)..