Terima kasih kerana melukakan hatiku
Terima kasih kerana membuat aku merana
Terima kasih kerana tidak menghargai kewujudanku
Kerana hatiku terluka bagiku lelaki semuanya sama
Tiada kelebihan langsung pada pandanganku
Pabila hatiku merana aku lebih mengenali kasih Tuhanku yang abadi
Kerna rasa tidak dihargai itu membuat aku bangun untuk lebih cemerlang dalam setiap perkara supaya aku bisa berdikari untuk mengharungi hidupku di dunia yang penuh tipu daya ini
Ya Allah kadang-kadang aku terlalu penat untuk mempercayai seseorang yang bernama lelaki…kata manisnya yang menyebabkan aku terleka,huhu
Aku bukan menolak fitrah manusia dan perasaan kasih yang disuburkan di dalam hatiku untuk berkasih sayang demi kelahiran generasi mendatang yang cemerlang(lepas kahwin)
Aku cuba mempertahankan rasa hatiku untuk menjaga diriku daripada terjerumus ke dalam lubang maksiat sepertimana terjadi pada akhir zaman ini..tetapi bagaimana ya Allah bisa kurungkaikan kekusutan hati yang tidak mudah mempercayai lelaki ini lagi..aku hanya mengharapkan kasih-Mu Ya Allah..dan aku mengharapkan sayap kanan yang bisa membimbingku untuk lebih mencintai-Mu Ya Allah..aku hanya ingin jatuh cinta dan menyayangi bakal suamiku… aku ingin menjadi bidadari buatnya sehingga kasih kami membuatkan ketaatan kami kepada-Mu semakin bertambah aku tidak ingin perasaan aku disalurkan kepada orang yang tidak sepatutnya yang selalu mengambil kesempatan…Ya Allah bantulah aku untuk mendapat dan menguasai ilmu-ilmu-Mu..aku tidak ingin menjadi wanita yang menjadi fitnah kepada lelaki di dunia ini..Ya Allah bantulah aku merealisasikan impian aku untuk belajar di bumi anbia’ dan mencari ilmu sebanyak mungkin di sana..
Hafizah Muhamad Sofi
E 3.6c(Safiyyah College)
UIAM
Taman Budi dan Ilmu
4 June 2009
Thursday, June 4, 2009
Sunday, May 31, 2009
Rahsia Kekal Ceria
Apabila anda diuji dan teruji..Muhasabah diri anda dengan firman Allah dibawah..tanpa anda sedari ceria tetap milik anda…t’senyumlah dan tabahlah wahai sahabatku dalam menerima ujian2 dalam kehidupan di dunia ini..Selain itu, rahsia saya apabila menghadapi masalah dan mehnah ujian dalam kehidupan saya ialah menghayati lirik nasyid “Rahmat Ujian” nyanyian kumpulan Mestica…Alhamdulillah…aku terhibur dengan ujian-Mu Ya Allah..renung2kan selamat mencuba!!!
Kenapa aku diuji?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”–Surah Al-ankabut: 2-3
Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”-Surah Al-Baqarah:216
Kenapa ujian seberat ini?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” –Surah Al-Baqarah:286
Kenapa rasa kecewa?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” Surah Ali-Imran:139
Bagaimana harus aku menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” –Surah Ali-Imran : 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang ; dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”-Surah Al-Baqarah: 45
Apa yang aku dapat daripada semua ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”-Surah At-Taubah:129
Kepada siapa aku berharap?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.”-Surah At-Taubah:129
Aku dah tak dapat bertahan lagi!
“….dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”-Surah Yusuf:12
Dipetik dari majalah DARA
(Walaupun saya ada banyak test minggu dpn doakan say adapat buat yang terbaik tau kawan2)
3 subject 4 short sem(7 contact/credit hours)
Kepada Bapa Saudaraku(Mohd Hadri Abd Majid) dan family yang ingin berangkat ke Makkah ari ni(1 June 2009) untuk mengerjakan umrah,Selamat jalan semoga Allah memudahkan perjalanan utk mengerjakan umrah(Doakan k.chik dapat peluang plak utk next year(Bi izni Allah)Ameen
Hafizah Muhamad Sofi
Safiyyah
E 3.6c(UIAM)

Friday, May 29, 2009
“Budaya Kerja Islam:Konsep Kerja Sebagai Ibadah”
Oleh:Mazilan Musa(Majalah Visi-Julai-Ogos 2004)
Walaupun saya hanya analisiskan hasil penulisan di atas,moga usaha kecil saya bermanfaat kepada semua…
“Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat,Kami akan memberinya tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang mengkehendaki(dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu(sekadar yang Kami yang tentukan ), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak” {Surah al-Syu’ara:20}
1)Didahului dgn NIAT yg baik, sebagaimana Rasullullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya segala amalan itu diterima atau ditolak ,bergantung kepada niat” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
2)Sesuai dengan tuntutan Islam,kerja yang dilakukan mestilah dibenarkan dalam islam(Halal dan jauh dari perkara2 syubhat),Niat yang baik+jalan rezeki yang halal.
3)Cara melakukannya selari dgn ajaran islam, proses menjalankan kerja tersebut berada dalam lingkungan batasan yang ditetapkan oleh Islam,contohnya jika kerja kita memberi kesan kemudharatan kepada umat islam dan kerosakan kepada alam sekitar,seperti pemandu lori yang membantu syarikat2 haram(illegal company) membuang sisa toksik dan ect.
4)Membawa faedah kepada orang ramai,kerja sebagai ibadah memberi manfaat kepada orang ramai seperti maksud hadis “Siapa yang menunjukkan kepada kebaikan ,dia memperoleh pahala sebanyak orang yang membuatnya(membuat kebaikan itu)”(Hadith Riwayat Ibn Mas’ud)
5)Utamakan yang WAJIB, dalam menjalankan tugas atau pekerjaan jgn pulak sampai kita dilalaikan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim kpd Allah-tinggalkan perkara sunat untuk perkara wajib(Solat)
Jadikan kerja dan tanggungjawab anda sebagai ibadah dan jalankan amanah yang dipikul dengan sebaiknya.InsyaAllah kejayaan dunia dan akhirat milik kita
Hafizah bt Muhamad Sofi
Safiyyah E 3.6c(UIAM)
29/5/2009 (Sem3 09/10)

Friday, May 22, 2009
PENANGAN CHIKUNGUNYA
Alhamdullillah saya dapat meneruskan perjuangan di Taman Budi dan Ilmu ini lagi,selepas lbh kurang 2 minggu di uji dengan hilangnya nikmat kesihatan yang Allah kurniakan(demam dengan Mak)(29 April-8mei 2009)Mak saya demam di hari lahirnya yang ke-55.Chikungunya,demam berserta ruam2 merah di seluruh badan dan lenguh2 sendi,terasa macam diri ini sudah semakin dimakan usia,huhu,teramat seksanya walaupun hanya untuk bangun berdiri(MasyaAllah ujian Allah).Selera makan apatah lagi memang tiada disebabkan kepanasan suhu badan yang tinggi.Seperti yang kita sedia maklum,demam ini memang tiada ubatnya.Orang 2 kampung menyarankan supaya minum minuman isotonic 100 plus dan Panadol,Nira(pastikan yang original)selain tu hanya disapu bedak sejuk untuk menyejukkan badan,Sup ayam kampung dan sup ketam.Serba sedikit sumbangan dari saya untuk sesiapa yang pernah didatangkan ujian dengan demam ini>Selamat Mencuba>
(Actually dah terlambat update entry,agak busy utk short sem ni)
Hafizah bt Muhamad Sofi
Safiyyah E3.6
23/5/2009

Sunday, March 29, 2009
PENAWAR BAGI HATI….
Hati adalah raja dalam diri manusia .Hati ialah tempat letaknya keyakinan seorang hamba terhadap Tuhan-Nya .Hati juga sasaran syaitan untuk menyesatkan manusia.Hati yang baik sentiasa mencetuskan kedamaian dan ketenangan dalam diri, keluarga dan masyarakat.
Oleh itu bagaimana untuk memiliki hati seperti ini? Tentulah al-Qur’an dan al-Hadis sudah ada kaedah untuk mewujudkan hati-hati manusia yang mendorong mereka menenangkan kehidupan dan terhindar dari segala kekalutan. Hati tidak teringin kepada maksiat dan dosa . Hati yang tunduk dan patuh kepada kehendak Allah s.w.t.
Perjalanan orang-orang soleh zaman dahulu berusaha bermujahadah ke atas hatinya menempuh pelbagai kesusahan dan penderitaan . Namun kewajipan untuk memiliki hati yang murni dan luruh itu dilakukan dengan “istiqomah”. Akhirnya mereka hidup dimuliakan Allah s.w.t. dan kemudian mereka ditempatkan bersama para kekasih-Nya.
Mudah-mudahan, sebagai hamba Allah dimuka bumi ini kita dapat mendidik hati kita sehingga memiliki hati yang sejahtera dan dipenuhi cahaya iman dan amal soleh. InsyaAllah…sama2 kita merawat hati kita!!!
Selain itu, anda juga boleh mengubati hati dengan cara berzikir mengingati Allah…
Petikan dari buku “Penawar Bagi Hati” hasil penulisan Abdul Aziz Ismail (Pustaka Azhar) www.pustakaazhar.com

Tuesday, March 10, 2009
Khas untuk wanita…
Oleh:Wardahsyauqah@gmail.com
Hafizah Muhamad Sofi
Assalamualaikum w.b.t.
Semoga sentiasa tenang menghadapi segala onak duri dalam kehidupan di dunia yang serba mencabar ini..saya suka sekali mengingatkan diri saya untuk tabah dengan dugaan-Mu Ya Allah, sentiasa redha..kerana setiap ujian itu ada rahmat terbesar di sebaliknya…
Sahabat2 yang dihormati,
Ingin sekali saya berkongsi pengalaman dengan kalian semua..tentang hati dan perasaan seorang wanita… hati saya meronta-ronta untuk mencoret sesuatu sebagai usaha untuk meredakan gelodak perasaan sendiri..disamping sama-sama membantu khususnya kepada sahabat saya yang amat saya sayangi kerana Allah..wanita muslimah yang bernafas melalui sumber udara yang sama dengan saya yang secara fitrahnya dicipta oleh Allah sebagai sayap kiri seorang lelaki.
Sekali anda tergelincir, jgn lupa Allah itu Maha pemaaf…sementara kita masih bernafas ayuh sahabatku perbaiki diri anda jgn malu kembalilah mengabdikan dirimu kepada kasih Allah yang abdi pasti dirimu tak akan kecewa(frustated)
Sahabat2 muslimah yang saya kasihi kerana Allah,
Jangan sewenang-wenang abdikan diri anda dengn “Cinta Palsu” yang belum pasti hujung pangkalnya…adakah anda benar2 pasti lelaki yang anda berkongsi kasih the right man yang akan menjadi bakal suami anda??? Sanggupkan anda putus cinta berkali2x dan maruah tergadai??? Jika anda pernah jatuh cinta arahkan dan ubahkan cintamu itu hanya untuk pencipta-Mu “Orang yang jiwannya bersih dengan takwa, fikirannya bersih dengan iman,akhlaknya biasa dengan kebaikan , nescaya dia akan mendapat cinta ALLah & cinta manusia yang hatinya mencintai ALLAH..
Adakah sahabat2 pernah mendengar tentang pengharaman zina dan menentang hubungan percintaan yang Allah wahyukan di dalam Al-Qur’an..larangan ini secara am(general) tetapi tersembunyi maksud yang mendalam di sebaliknya
Dalil yang lebih kuat ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32: “Dan janganlah kamu mendekati zina;sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang
apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami
berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan
pelbagai 1001 alasan lagi..Para pembaca,sila teliti firman Allah
tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan
kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa
ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya
mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Zina disini bukan hanya bermaksud jangan mendekati hubungan syarie yang tidak halal antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tetapi termasuklah hubungan cinta(couple), berkenalan, sms..tetapi apa sahaja yang mengarahkan kita ke arah zina..Zina juga terbahagi kepada zina mata, zina hati dan perasaan, zina yang sebenarnya Mungkin ada yang tidak jelas dengan
maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan
dewan adalah 50 meter. Apabila kita melankah setapak ke arah dewan, jarak
antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri
dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri
zina, dan menghampiri zina adalah HARAM..
Wahai sahabat2 muslimah yang saya sayangi..ketahuilah apabila ALLAH tidak meredhai kita bagaimana kita mampu untuk mendapat rahmat-Nya..Lama kelamaan hati kita akan lalai dengan dosa..dari sekecil2 dosa sampailah yang sebesar2nya kita akan sanggup melakukannya..sedarlah anda muslimat harapan Negara,agama, umat islam keseluruhannya!!!!Sanggupkah anda merosakkan generasi akan datang dengan akhlak anda sekarang??? Fikir2kanlah..jangan hanya menutup aurat tetapi berselindung di sebalik hijab anda tetapi melakukan perkara yang sama sepertimana perempuan bukan muslim..MasyaAllah..bukanlah saya seorang yang sempurna..saya juga ada kekurangan, saya juga pernah khilaf dan tersasar tetapi apa yang penting ialah anda ada potensi untuk berubah kearah yang lebih baik..semalam hanya kenangan..hari ini ialah kenyataan esok mesti lebih baik dari sebelumnya..bermuhasabahlah selalu,berzikirlah semoga hatimu akan tenang..Ingatlah anda merupakan bakal2 ibu pada masa akan datang..sanggupkah anda melihat anak-anak generasi akan datang tiada pedoman disebabkan kita??? Berfikirlah secara bijaksana sebelum bertindak!!! Anda penentu generasi akan datang yang CEMERLANG… “ Our dignity is more important than anything else”

Fitnah
"Mulut manusia memang berbisa"
"Wahai sahabat2 ku jgn anda tergolong di dalam golongan yang membuat fitnah, sesungguhnya fitnah itu lebih besar dari membunuh"
Walaupun sedih dengan fitnah yang melanda diri ini,tetapi sabarlah ubat yg aku ada,aku hanya mampu berdoa semoga maruahku sentiasa terjaga,aku harap aku xkan tersilap langkah lagi dalam mengatur hidup ini..setiap satu ujian yg melanda ada hikmah yg terbesar di sebaliknya
ayyuhal ikhwah wal akhawat..
selidikilah sesuatu berita sebelum anda mengaggapnya benar..sanggupkah anda memakan daging saudara anda sendiri dengan mengumpatnya
Sayangilah rakan2,sahabat2 anda sepertimana anda menyayangi diri anda sendiri!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)