Saturday, June 20, 2009

Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir Semester 3 08/09

Selamat Meneruskan Perjuangan untuk kawan-kawan di Taman Ilmu dan Budi..(UIAM kampus Gombak)

Usaha+Doa+Tawakkal=Najah Bahiran
Niat ikhlas belajar kerana Allah..bukan sebab lain(Demi my boyfriend segalanya aku kukorbankan-niat yang terpesong)kalau dapat natijah yang memberangsangkan pun Allah tidak memberkatinya....Ayuh sama2 bermujahadah dan bermuhasabah diri...

Jangan Lalai Jangan Leka(Halal Haram)


Dipetik dari hadis 40....
Hadith ke-6
Halal dan Haram

"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."
http://alkindy56-hafis.blogspot.com/2009/03/hadith-ke-6-halal-dan-haram.html

Pilihlah rezeki yang halal..Moga jalan hidup kita diberkati Allah..Allahu yubarik alaina..:)Setiap makanan rezeki yang kita makan akan menjadi darah daging kita>>>Awas..


Hafizah Muhamad Sofi

Safiyyah's Cafe

Thursday, June 4, 2009

Mutiara Kata

“Sebaik-baik hari adalah hari yang memberikan tambahan kesabaran kepada kita, yang mencegah agar tidak semakin tenggelam dalam dosa, yang membukakan pemahaman dan yang memberikan tekad kuat dalam diri kita”

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah maha kaya lagi maha penyantun.”
(Surah Al-Baqarah:263)

“Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (kiamat,yang pada hari itu) sesorang tidak akan dapat membela orang lain, walau sedikitpun.” (Surah Al-Baqarah):48)

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah:45)

“Hadis riwayat Abu Dawud,Attirmidzi,Annasa’I dan Ibn Majah: Sabda Rasullullah S.A.W. “Sesiapa yang meminta kepada Allah untuk mati syahid dengan bersungguh-sungguh, maka Allah akan menyampaikannya ke tingkat orang mati syahid, meskipun ia mati di atas tempat tidurnya.”

“Hadis Riwayat Muslim,sabda Rasullullah S.A.W. “Semua amalan anak cucu Adam itu pahalanya akan dilipat gandakan.Satu kebajikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh hingga tujuh ratus kali”

“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana” (Surah An-nisa’:17)

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, pada hal kamulah orang-orang yang beriman” (Surah Ali Imran:13

(Compilation of Mutiara Kata)

Petikan Majalah Dara

Hafizah Muhamad Sofi

E3.6c(Safiyyah College)
UIAM Taman Budi dan Ilmu

June 4, 2009

Terima Kasih

Terima kasih kerana melukakan hatiku
Terima kasih kerana membuat aku merana
Terima kasih kerana tidak menghargai kewujudanku

Kerana hatiku terluka bagiku lelaki semuanya sama
Tiada kelebihan langsung pada pandanganku
Pabila hatiku merana aku lebih mengenali kasih Tuhanku yang abadi
Kerna rasa tidak dihargai itu membuat aku bangun untuk lebih cemerlang dalam setiap perkara supaya aku bisa berdikari untuk mengharungi hidupku di dunia yang penuh tipu daya ini

Ya Allah kadang-kadang aku terlalu penat untuk mempercayai seseorang yang bernama lelaki…kata manisnya yang menyebabkan aku terleka,huhu
Aku bukan menolak fitrah manusia dan perasaan kasih yang disuburkan di dalam hatiku untuk berkasih sayang demi kelahiran generasi mendatang yang cemerlang(lepas kahwin)
Aku cuba mempertahankan rasa hatiku untuk menjaga diriku daripada terjerumus ke dalam lubang maksiat sepertimana terjadi pada akhir zaman ini..tetapi bagaimana ya Allah bisa kurungkaikan kekusutan hati yang tidak mudah mempercayai lelaki ini lagi..aku hanya mengharapkan kasih-Mu Ya Allah..dan aku mengharapkan sayap kanan yang bisa membimbingku untuk lebih mencintai-Mu Ya Allah..aku hanya ingin jatuh cinta dan menyayangi bakal suamiku… aku ingin menjadi bidadari buatnya sehingga kasih kami membuatkan ketaatan kami kepada-Mu semakin bertambah aku tidak ingin perasaan aku disalurkan kepada orang yang tidak sepatutnya yang selalu mengambil kesempatan…Ya Allah bantulah aku untuk mendapat dan menguasai ilmu-ilmu-Mu..aku tidak ingin menjadi wanita yang menjadi fitnah kepada lelaki di dunia ini..Ya Allah bantulah aku merealisasikan impian aku untuk belajar di bumi anbia’ dan mencari ilmu sebanyak mungkin di sana..

Hafizah Muhamad Sofi
E 3.6c(Safiyyah College)
UIAM
Taman Budi dan Ilmu

4 June 2009

Sunday, May 31, 2009

Rahsia Kekal Ceria

Apabila anda diuji dan teruji..Muhasabah diri anda dengan firman Allah dibawah..tanpa anda sedari ceria tetap milik anda…t’senyumlah dan tabahlah wahai sahabatku dalam menerima ujian2 dalam kehidupan di dunia ini..Selain itu, rahsia saya apabila menghadapi masalah dan mehnah ujian dalam kehidupan saya ialah menghayati lirik nasyid “Rahmat Ujian” nyanyian kumpulan Mestica…Alhamdulillah…aku terhibur dengan ujian-Mu Ya Allah..renung2kan selamat mencuba!!!

Kenapa aku diuji?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”–Surah Al-ankabut: 2-3

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”-Surah Al-Baqarah:216

Kenapa ujian seberat ini?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” –Surah Al-Baqarah:286

Kenapa rasa kecewa?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” Surah Ali-Imran:139

Bagaimana harus aku menghadapinya?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” –Surah Ali-Imran : 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang ; dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”-Surah Al-Baqarah: 45


Apa yang aku dapat daripada semua ini?

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”-Surah At-Taubah:129

Kepada siapa aku berharap?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.”-Surah At-Taubah:129

Aku dah tak dapat bertahan lagi!

“….dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”-Surah Yusuf:12

Dipetik dari majalah DARA

(Walaupun saya ada banyak test minggu dpn doakan say adapat buat yang terbaik tau kawan2)

3 subject 4 short sem(7 contact/credit hours)
Kepada Bapa Saudaraku(Mohd Hadri Abd Majid) dan family yang ingin berangkat ke Makkah ari ni(1 June 2009) untuk mengerjakan umrah,Selamat jalan semoga Allah memudahkan perjalanan utk mengerjakan umrah(Doakan k.chik dapat peluang plak utk next year(Bi izni Allah)Ameen

Hafizah Muhamad Sofi

Safiyyah
E 3.6c(UIAM)

Friday, May 29, 2009

“Budaya Kerja Islam:Konsep Kerja Sebagai Ibadah”

Oleh:Mazilan Musa(Majalah Visi-Julai-Ogos 2004)

Walaupun saya hanya analisiskan hasil penulisan di atas,moga usaha kecil saya bermanfaat kepada semua…
“Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat,Kami akan memberinya tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang mengkehendaki(dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu(sekadar yang Kami yang tentukan ), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak” {Surah al-Syu’ara:20}
1)Didahului dgn NIAT yg baik, sebagaimana Rasullullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya segala amalan itu diterima atau ditolak ,bergantung kepada niat” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
2)Sesuai dengan tuntutan Islam,kerja yang dilakukan mestilah dibenarkan dalam islam(Halal dan jauh dari perkara2 syubhat),Niat yang baik+jalan rezeki yang halal.
3)Cara melakukannya selari dgn ajaran islam, proses menjalankan kerja tersebut berada dalam lingkungan batasan yang ditetapkan oleh Islam,contohnya jika kerja kita memberi kesan kemudharatan kepada umat islam dan kerosakan kepada alam sekitar,seperti pemandu lori yang membantu syarikat2 haram(illegal company) membuang sisa toksik dan ect.
4)Membawa faedah kepada orang ramai,kerja sebagai ibadah memberi manfaat kepada orang ramai seperti maksud hadis “Siapa yang menunjukkan kepada kebaikan ,dia memperoleh pahala sebanyak orang yang membuatnya(membuat kebaikan itu)”(Hadith Riwayat Ibn Mas’ud)
5)Utamakan yang WAJIB, dalam menjalankan tugas atau pekerjaan jgn pulak sampai kita dilalaikan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim kpd Allah-tinggalkan perkara sunat untuk perkara wajib(Solat)
Jadikan kerja dan tanggungjawab anda sebagai ibadah dan jalankan amanah yang dipikul dengan sebaiknya.InsyaAllah kejayaan dunia dan akhirat milik kita
Hafizah bt Muhamad Sofi
Safiyyah E 3.6c(UIAM)
29/5/2009 (Sem3 09/10)

Friday, May 22, 2009

PENANGAN CHIKUNGUNYA

Alhamdullillah saya dapat meneruskan perjuangan di Taman Budi dan Ilmu ini lagi,selepas lbh kurang 2 minggu di uji dengan hilangnya nikmat kesihatan yang Allah kurniakan(demam dengan Mak)(29 April-8mei 2009)Mak saya demam di hari lahirnya yang ke-55.Chikungunya,demam berserta ruam2 merah di seluruh badan dan lenguh2 sendi,terasa macam diri ini sudah semakin dimakan usia,huhu,teramat seksanya walaupun hanya untuk bangun berdiri(MasyaAllah ujian Allah).Selera makan apatah lagi memang tiada disebabkan kepanasan suhu badan yang tinggi.Seperti yang kita sedia maklum,demam ini memang tiada ubatnya.Orang 2 kampung menyarankan supaya minum minuman isotonic 100 plus dan Panadol,Nira(pastikan yang original)selain tu hanya disapu bedak sejuk untuk menyejukkan badan,Sup ayam kampung dan sup ketam.Serba sedikit sumbangan dari saya untuk sesiapa yang pernah didatangkan ujian dengan demam ini>Selamat Mencuba>
(Actually dah terlambat update entry,agak busy utk short sem ni)
Hafizah bt Muhamad Sofi
Safiyyah E3.6
23/5/2009