Friday, July 31, 2009

YA ALLAH CINTA TERAGUNG

“YA ALLAH CINTA TERAGUNG ,JADIKAN MASA MUDA KAMI BERMAKNA,TUNJUKKAN KAMI JALAN LURUS,ANDAI KAMI TIDAK PASTI AMALAN-AMALAN KAMI BERILAH PETUNJUK,ANDAI HATI KAMI GOYAH TEGUHKAN IA,IMAN KAMI TIDAK SETANDING RASUL-RASULMU BUKAN JUA PARA SYUHADA’.TETAPI KAMI MOHON TETAPKAN IMAN HINGGA AKHIR HAYAT KAMI REDHAILAH AMALAN DAN HIDUP KAMI.TEMPATKAN KAMI BERSAMA ORANG-ORANG YANG MENTAATI PERINTAH MU,AMEEN”

Mulakan Perubahan ke atas Dirimu wahai sahabat!!!!


(Khusus untuk muslimin dan muslimat)
Setiap insan inginkan yang terbaik untuk diri mereka,tetapi adakah mereka dalam kalangan orang yang terbaik untuk menerima yang terbaik??? .Terutamanya dalam urusan memilih jodoh..ramai lelaki berharap mereka mendapat wanita yang solehah untuk sama-sama melayari bahtera kehidupan rumah tangga.”ada ungkapan yang mengatakan sukarnya mencari wanita yang solehah sama seperti mencari gagak putih”. Memang ada betulnya ungkapan ini terutama kehidupan akhir zaman ini memang susah untuk mencari wanita yang benar-benar solehah.Tetapi persoalannya adakah lelaki yang meinginkan kehadiran wanita solehah disisi mereka benar-benar SOLEH???Jangan dicari wanita semulia bidadari “Ainul Mardhiyah” kalau anda hanyalah lelaki akhir zaman yang cuba menjadi soleh.Kesimpulannya ,mencari wanita/calon isteri yang solehah mestilah bermula dengan ilmu,supaya dapat mengkaji dan menyuluh sifat-sifat seorang wanita solehah secara ilmiah.Tanpa ilmu anda pasti terkeliru,yang mana intan,yang mana kaca.Apabila ada ilmu,anda akan dapati terlalu banyak criteria seorang wanita solehah.Antaranya ialah,menjaga solat,taat kepada ibu bapa,berakhlak,menutup aurat dan lain-lain perintah dalam Islam.Itu baru soal lahiriah yang boleh dilihat dengan pandangan mata kasar.Namun cirri wanita solehah bukan sekadar sifat luaran,tetapi ia juga menyentuh sifat dalaman seperti memiliki sifat sabar,redha,syukur,pemurah dan lain-lain.

Kalau berdasarkan nilaian dan ukuran solehah tersebut memanglah susah dan sukar menilai sifat-sifat solehah ini samalah seperti meneropong ke dalam hati seseorang.Kata orang,yang menutup aurat pun belum tentu solehah.Kata orang ‘kulit’ yang baik belum tentu isinya juga baik.Jadi bagaimana ya?susahnya untuk dapat calon wanita solehah keluh insan yang bernama lelaki….Ayuh kita permudahkan,tidak perlu bersusah payah hendak ‘meneropong’ iman dan taqwa orang lain,Caranya:
1)Jadikan diri anda dahulu calon suami atau lelaki yang soleh!
2)Kenal pasti ciri-ciri suami yang soleh
3)Bina semua ciri tersebut di dalam diri sendiri terlebih dahulu
4)Muhasabah soal hati,soal dalaman…muhasabah iman dan taqwa anda sendiri
5)Bisikkan kedalam hati,apakah anda telah menjadi seorang yang soleh atau sekurang-kurangnya sedang berusaha menjadi soleh?
6)Padankan sifat-sifat orang yang soleh dengan diri anda,sudah ada ke belum?jawab dengan jujur,sukar kan?
Memang sukar,tetapi jauh lebih susah dan sukar untuk mengukur dan menilai iman di hati orang lain.Jadilah soleh untuk mendapat yang solehah.Yakinlah janji Allah melalui firman-Nya: “…dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik…”(An-Nur:26)
Pada pendapat saya cara ini juga sesuai dan relevan untuk wanita yang menginginkan suami/calon suami yang soleh,tetapi sifat dan hati wanita yang lemah lembut dan emosinya mudah terusik membolehkan suami yang soleh dapat mendidiknya menjadi seorang yang solehah.InsyaAllah..tetapi tak salah untuk sama-sama berusaha menjadi solehah…Ayuh sahabat-sahabat muslimahku!!!semoga kita diberi kekuatan oleh Allah.
Petikan dan adaptasi daripada buku ‘Satu Rasa Dua Hati’ hasil penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi(Penulis buku laris TENTANG CINTA dan kolumnis ruangan popular KEMUDI HATI dalam Majalah Anis).

P/S:Kepada seorang sahabat saya yang amat menginginkan seorang calon isteri solehah yang dapat menghidupkan malamnya(Qiyamullail)InsyaAllah,moga anda diberi kekuatan untuk menghidupkan malam anda walau tanpanya dan berdoalah semoga diberi seseorang calon isteri yang lembut hati dan menurut kata,supaya anda mampu mendidiknya kearah akhirat yang abadi dan tak lupa kepada sahabat yang bertungkus lumus di dalam perjuangan di jalan Allah semoga anda sentiasa ikhlas
(أنتم ستكون من المخلصين)dalam perjuangan!!!
Allahuakhbar!!!…semoga Allah permudahkan segalanya dalam urusan seharian
.ربّنا يسهّل أمورنا، ان شاءالله
حافظة محمد صوفي

Friday, July 10, 2009

Permasalahan Cinta-panduan membuat keputusan

Walaupun saya bukanlah insan yang berpengalaman dalam menyelesaikan per masalahan cinta yang rumit. Sahabat-sahabat semua,usaha saya ini hanya sekadar memberi panduan kepada salah seorang sahabat,kenalan yang saya kenali.Kalau anda merupakan insan yang mampu berfikir secara waras,Ayuh..bukalah hati,lapangkan dada,banyakkan berzikir dan ingat Allah.Saya tahu kita masih lagi berada dalam kategori remaja,permasalahan cinta memang masalah yang amat parah untuk diselesaikan…dan kadang-kadang memberi kesan yang buruk dalam kehidupan seseorang manusia jika emosi diutamakan tetapi membelakangkan kewarasan akal ,kenapa sebagai seorang manusia yang mempunyai akal yang waras,kita perlu mengikut emosi..soal balik diri anda…manusia yang berakal tidak boleh kalah dengan kehendak emosi dan naluri yang membabi buta(muhasabah diri balik).Antara panduan membuat keputusan yang mampu saya kongsikan untuk permasalahan cinta remaja:
1)Utamakan cinta Allah sebelum berfikir tentang cinta manusia(baca buku “Cinta selepas cinta Allah dan Rasul”-cadangan seorang sahabat yang saya kenali)
2)Cinta Rasulullah dan perjuangannya
3)Allah Maha Mengetahui-berdoalah kepada Allah semoga orang yang anda kenali(cintai) merupakan jodoh anda-(Ya Allah jikalau dia jodohku tetapkan hatiku kepadanya,dan tetapkanlah hatinya kepadaku,jika dia bukan jodoh yang terbaik untuk aku,bantulah aku untuk melupakannya)
4)Buat solat isthikharah(pada waktu sepertiga malam-lebih afdhal),solat hajat dan amalkan doa dari surahAl- Anbia’-ayat 89,surah Al-Qasas-ayat 24,dan surah Yusof-ayat 4(amalkan semoga Allah permudahkan jodoh anda-tip dari Ustazah Bahiyah)
5)Kalau anda sudah bersedia zahir dan batin,fizikal dan mental,selesaikan masalah cinta anda dengan pernikahan.
Sahabat-sahabat, ingatlah Allah merupakan pencipta semua makhluk di muka bumi ini,dan Allah mengatur setiap sesuatu mengikut kehendaknya,serahkan segalanya kepada Allah sambil anda berusaha dan berikhtiar dengan pelbagai cara lain
p/s:Wahai sahabat2ku ,jangan mengambil jalan mudah dengan memadu kasih,berjanji sayang kepada sesuatu yang anda tidak pasti (couple dan bercinta bagai nak ‘rak’ ,akhirnya kahwin dengan orang lain)-merugikan masa,tenaga dan wang ringgit-dan pesanan kepada para pelajar,kejarlah ilmu dan capailah cita-cita,ingat harapan ibu dan ayah anda sebelum menyerah diri kepada permainan cinta remaja berasaskan cinta nafsu yang rapuh(kerana asas yang tak betul),pilihlah cinta yang diredhai Allah,yang halal,berkualiti,agung dan manis hanya cinta di alam perkahwinan antara suami dan isteri.
Mujahadah dan muhasabah diri selalu….ceria-ceria selalu, make the right decision !!!
Hafizah Muhamad Sofi
Taman Setia Jaya,Jitra