Sunday, May 31, 2009

Rahsia Kekal Ceria

Apabila anda diuji dan teruji..Muhasabah diri anda dengan firman Allah dibawah..tanpa anda sedari ceria tetap milik anda…t’senyumlah dan tabahlah wahai sahabatku dalam menerima ujian2 dalam kehidupan di dunia ini..Selain itu, rahsia saya apabila menghadapi masalah dan mehnah ujian dalam kehidupan saya ialah menghayati lirik nasyid “Rahmat Ujian” nyanyian kumpulan Mestica…Alhamdulillah…aku terhibur dengan ujian-Mu Ya Allah..renung2kan selamat mencuba!!!

Kenapa aku diuji?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”–Surah Al-ankabut: 2-3

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”-Surah Al-Baqarah:216

Kenapa ujian seberat ini?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” –Surah Al-Baqarah:286

Kenapa rasa kecewa?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” Surah Ali-Imran:139

Bagaimana harus aku menghadapinya?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” –Surah Ali-Imran : 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang ; dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”-Surah Al-Baqarah: 45


Apa yang aku dapat daripada semua ini?

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”-Surah At-Taubah:129

Kepada siapa aku berharap?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.”-Surah At-Taubah:129

Aku dah tak dapat bertahan lagi!

“….dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”-Surah Yusuf:12

Dipetik dari majalah DARA

(Walaupun saya ada banyak test minggu dpn doakan say adapat buat yang terbaik tau kawan2)

3 subject 4 short sem(7 contact/credit hours)
Kepada Bapa Saudaraku(Mohd Hadri Abd Majid) dan family yang ingin berangkat ke Makkah ari ni(1 June 2009) untuk mengerjakan umrah,Selamat jalan semoga Allah memudahkan perjalanan utk mengerjakan umrah(Doakan k.chik dapat peluang plak utk next year(Bi izni Allah)Ameen

Hafizah Muhamad Sofi

Safiyyah
E 3.6c(UIAM)

Friday, May 29, 2009

“Budaya Kerja Islam:Konsep Kerja Sebagai Ibadah”

Oleh:Mazilan Musa(Majalah Visi-Julai-Ogos 2004)

Walaupun saya hanya analisiskan hasil penulisan di atas,moga usaha kecil saya bermanfaat kepada semua…
“Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat,Kami akan memberinya tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang mengkehendaki(dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu(sekadar yang Kami yang tentukan ), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak” {Surah al-Syu’ara:20}
1)Didahului dgn NIAT yg baik, sebagaimana Rasullullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya segala amalan itu diterima atau ditolak ,bergantung kepada niat” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
2)Sesuai dengan tuntutan Islam,kerja yang dilakukan mestilah dibenarkan dalam islam(Halal dan jauh dari perkara2 syubhat),Niat yang baik+jalan rezeki yang halal.
3)Cara melakukannya selari dgn ajaran islam, proses menjalankan kerja tersebut berada dalam lingkungan batasan yang ditetapkan oleh Islam,contohnya jika kerja kita memberi kesan kemudharatan kepada umat islam dan kerosakan kepada alam sekitar,seperti pemandu lori yang membantu syarikat2 haram(illegal company) membuang sisa toksik dan ect.
4)Membawa faedah kepada orang ramai,kerja sebagai ibadah memberi manfaat kepada orang ramai seperti maksud hadis “Siapa yang menunjukkan kepada kebaikan ,dia memperoleh pahala sebanyak orang yang membuatnya(membuat kebaikan itu)”(Hadith Riwayat Ibn Mas’ud)
5)Utamakan yang WAJIB, dalam menjalankan tugas atau pekerjaan jgn pulak sampai kita dilalaikan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim kpd Allah-tinggalkan perkara sunat untuk perkara wajib(Solat)
Jadikan kerja dan tanggungjawab anda sebagai ibadah dan jalankan amanah yang dipikul dengan sebaiknya.InsyaAllah kejayaan dunia dan akhirat milik kita
Hafizah bt Muhamad Sofi
Safiyyah E 3.6c(UIAM)
29/5/2009 (Sem3 09/10)

Friday, May 22, 2009

PENANGAN CHIKUNGUNYA

Alhamdullillah saya dapat meneruskan perjuangan di Taman Budi dan Ilmu ini lagi,selepas lbh kurang 2 minggu di uji dengan hilangnya nikmat kesihatan yang Allah kurniakan(demam dengan Mak)(29 April-8mei 2009)Mak saya demam di hari lahirnya yang ke-55.Chikungunya,demam berserta ruam2 merah di seluruh badan dan lenguh2 sendi,terasa macam diri ini sudah semakin dimakan usia,huhu,teramat seksanya walaupun hanya untuk bangun berdiri(MasyaAllah ujian Allah).Selera makan apatah lagi memang tiada disebabkan kepanasan suhu badan yang tinggi.Seperti yang kita sedia maklum,demam ini memang tiada ubatnya.Orang 2 kampung menyarankan supaya minum minuman isotonic 100 plus dan Panadol,Nira(pastikan yang original)selain tu hanya disapu bedak sejuk untuk menyejukkan badan,Sup ayam kampung dan sup ketam.Serba sedikit sumbangan dari saya untuk sesiapa yang pernah didatangkan ujian dengan demam ini>Selamat Mencuba>
(Actually dah terlambat update entry,agak busy utk short sem ni)
Hafizah bt Muhamad Sofi
Safiyyah E3.6
23/5/2009