Oleh:Mazilan Musa(Majalah Visi-Julai-Ogos 2004)
Walaupun saya hanya analisiskan hasil penulisan di atas,moga usaha kecil saya bermanfaat kepada semua…
“Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat,Kami akan memberinya tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang mengkehendaki(dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu(sekadar yang Kami yang tentukan ), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak” {Surah al-Syu’ara:20}
1)Didahului dgn NIAT yg baik, sebagaimana Rasullullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya segala amalan itu diterima atau ditolak ,bergantung kepada niat” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
2)Sesuai dengan tuntutan Islam,kerja yang dilakukan mestilah dibenarkan dalam islam(Halal dan jauh dari perkara2 syubhat),Niat yang baik+jalan rezeki yang halal.
3)Cara melakukannya selari dgn ajaran islam, proses menjalankan kerja tersebut berada dalam lingkungan batasan yang ditetapkan oleh Islam,contohnya jika kerja kita memberi kesan kemudharatan kepada umat islam dan kerosakan kepada alam sekitar,seperti pemandu lori yang membantu syarikat2 haram(illegal company) membuang sisa toksik dan ect.
4)Membawa faedah kepada orang ramai,kerja sebagai ibadah memberi manfaat kepada orang ramai seperti maksud hadis “Siapa yang menunjukkan kepada kebaikan ,dia memperoleh pahala sebanyak orang yang membuatnya(membuat kebaikan itu)”(Hadith Riwayat Ibn Mas’ud)
5)Utamakan yang WAJIB, dalam menjalankan tugas atau pekerjaan jgn pulak sampai kita dilalaikan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim kpd Allah-tinggalkan perkara sunat untuk perkara wajib(Solat)
Jadikan kerja dan tanggungjawab anda sebagai ibadah dan jalankan amanah yang dipikul dengan sebaiknya.InsyaAllah kejayaan dunia dan akhirat milik kita
Hafizah bt Muhamad Sofi
Safiyyah E 3.6c(UIAM)
29/5/2009 (Sem3 09/10)
No comments:
Post a Comment