Monday, August 24, 2009

Harapan…

Alhamdulillah ya Allah kerana mempermudahkan hidupku walaupun ujian yang melanda melemahkan hati dan perasaanku..tetapi terima kasih Ya Allah aku diberi rasa tidak akan berputus asa dengan segala cubaan,onak dan dugaan dalam kehidupan di tengah2 manusia di duniaMu ini…Niatku apabila aku lulus dapat lesen kereta aku ingin sekali berbakti kepada orang tuaku yang sakit2 tidak bermaya hanya mengharap ihsan anak2 dalam menghulurkan tulus kasih sayang dan bantuan dari segi tenaga dan material…aku kesedihan yang teramat sangat apabila mendengar emak yang amat aku sayangi demam panas teruk,sedangkan aku sebagai anaknya tidak mampu merawatnya sebagai seorang anak hanya mampu menelefon bertanya khabar walaupun di sudut hatiku amat terseksa dengan halangan yang membantutkan aku untuk berada disampingnya..berbanding dengan Ramadan pada tahun lalu aku turut berada jauh dari pangkuan emak dan ayah selepas mereka berada di tanah suci Mekah selama 4bulan(Alhamdulillah,sudah selesai menunaikan umrah dan haji),bilalah giliran aku agaknya…juga beraya tanpa emak dan ayah di sisi(sedih sangat2 masa tu)…dengan berkat bulan Barakah Ramadan pada tahun ini aku berharap aku masih berkesempatan beraya sebagai anak kepada emak dan ayahku yang amat aku sayangi…aku mohon padamu Ya Allah…aku tahu segala ujian dan dugaanmu ada hikmah yang terbesar di sebaliknya…kepada kawan2,sahabat2 yang menganggap diri ini kurnian Allah untuk saling melengkapi di dunia ini jangan segan dan silu meminta bantuan dariku,terus terang dan tanpa berselindung walau sedikit pun..InsyaAllah tenaga yang Allah kurniakan kepadaku akan aku gunakan untuk membantu kamu semua..tetapi ingatlah jangan cuba2 berselindung di sebalik gerak geri anda kerana aku akan tawar hati untuk menjalinkan hubungan dengan anda semua..aku mohon dimaafkan segala kekurangan kekhilafan diri ini sempena bulan Barakah ini…semoga anda ikhlas ber’sahabat’ dengan diri ini yang serba kekurangan,tanpa sahabat disampingku..siapalah diri ini yang lemah,hamba yang hina..insyaAllah Hafizah jadikan semua masalah sebagai batu loncatan untuk menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur kepadaNya,kepadaMu aku berserah atas setiap sesuatu…
P/s:Kepada sahabat2 yang bertungkus lumus berbakti kepada umat islam,dalam bentuk apa sekalipun semoga anda IKHLAS berbakti tanpa mengharapkan balasan dan pujian dari manusia…kalau yang diberi amanah menjadi PEMIMPIN jadilah pemimpin yang tahu meraikan anak buah,yang tiada niat selainnya hanya ingin sama-sama bekerja dan berbakti bukan mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain…pemimpin yang baik senyum sentiasa di bibir walau dalam keadaan apa pun,menepati janji dan amat menitik beratkan soal masa.(be punctual and be professional)

No comments: