Terima kasih kerana melukakan hatiku
Terima kasih kerana membuat aku merana
Terima kasih kerana tidak menghargai kewujudanku
Kerana hatiku terluka bagiku lelaki semuanya sama
Tiada kelebihan langsung pada pandanganku
Pabila hatiku merana aku lebih mengenali kasih Tuhanku yang abadi
Kerna rasa tidak dihargai itu membuat aku bangun untuk lebih cemerlang dalam setiap perkara supaya aku bisa berdikari untuk mengharungi hidupku di dunia yang penuh tipu daya ini
Ya Allah kadang-kadang aku terlalu penat untuk mempercayai seseorang yang bernama lelaki…kata manisnya yang menyebabkan aku terleka,huhu
Aku bukan menolak fitrah manusia dan perasaan kasih yang disuburkan di dalam hatiku untuk berkasih sayang demi kelahiran generasi mendatang yang cemerlang(lepas kahwin)
Aku cuba mempertahankan rasa hatiku untuk menjaga diriku daripada terjerumus ke dalam lubang maksiat sepertimana terjadi pada akhir zaman ini..tetapi bagaimana ya Allah bisa kurungkaikan kekusutan hati yang tidak mudah mempercayai lelaki ini lagi..aku hanya mengharapkan kasih-Mu Ya Allah..dan aku mengharapkan sayap kanan yang bisa membimbingku untuk lebih mencintai-Mu Ya Allah..aku hanya ingin jatuh cinta dan menyayangi bakal suamiku… aku ingin menjadi bidadari buatnya sehingga kasih kami membuatkan ketaatan kami kepada-Mu semakin bertambah aku tidak ingin perasaan aku disalurkan kepada orang yang tidak sepatutnya yang selalu mengambil kesempatan…Ya Allah bantulah aku untuk mendapat dan menguasai ilmu-ilmu-Mu..aku tidak ingin menjadi wanita yang menjadi fitnah kepada lelaki di dunia ini..Ya Allah bantulah aku merealisasikan impian aku untuk belajar di bumi anbia’ dan mencari ilmu sebanyak mungkin di sana..
Hafizah Muhamad Sofi
E 3.6c(Safiyyah College)
UIAM
Taman Budi dan Ilmu
4 June 2009
No comments:
Post a Comment